1. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
![]() |
Masjid ini juga digelar Masjid Besi dan merupakan masjid rasmi kedua Putrajaya selepas Masjid Putra. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid Besi tidak memasang kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Ia turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.
2. Masjid Putra, Putrajaya
![]()
Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
![]()
Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Malaysia, mempunyai menara kedua tertinggi di dunia dan menduduki tempat kedua masjid terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Selain itu, masjid ini juga mempunyai kubah terbesar di dunia dan berada di ketinggian 300 kaki dari paras bumi dengan garis pusatnya 170 kaki. Masjid yang bernilai 18 juta ini, dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun.
4. Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
![]()
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah, Masjid yang siap dibina pada tahun 1912 ini juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam – satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.
5. Masjid Kristal, Kuala Terengganu
![]()
Tahukah anda masjid ini menduduki tangga ketiga masjid tercantik di dunia? Masjid Kristal adalah sebuah masjid di Kuala Terengganu, Malaysia. Struktur utama diperbuat daripada besi, kaca dan kristal. Masjid ini terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Ia telah dibina di antara tahun 2006 dan 2008 tetapi telah dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008 dan mempunyai kapasiti lebih 1,500 jemaah.
|





Comments
Post a Comment